Afif bidas dakwaan ada kumpulan dalam Bersatu mahu dekat dengan PH

Ahli MPT Dr Afif Bahardin bidas bekas timbalan presiden Hamzah Zainudin berkait dakwaan ada kumpulan mahu bawa Bersatu lebih dekat dengan PH.

PETALING JAYA: Seorang ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu membidas Hamzah Zainudin dan menggesa beliau ‘kurangkan memfitnah’, berkait dakwaan ada kumpulan mahu membawa Bersatu lebih dekat dengan Pakatan Harapan.

Dr Afif Bahardin berkata bekas timbalan presiden itu nampak bersungguh menyerang Bersatu.

“Bulan Ramadan ini eloklah bakal mantan ketua pembangkang kurangkan menfitnah. Nampak bersungguh serang Bersatu. Walhal rakyat mengharapkan suara pembangkang untuk kritik dasar dan polisi Kerajaan PMX — nampak sudah lama dia tak buat,” katanya kepada FMT.

Afif sebelum ini pernah bersama PKR.

Terdahulu, Hamzah mendakwa ada kumpulan dalam Bersatu mahu membawa parti itu lebih dekat dengan PH, dan kumpulan itu membabitkan individu yang mempunyai kaitan dengan PKR.

Hamzah bagaimanapun tidak menamakan individu yang dimaksudkan dalam laporan Berita Harian itu.

Hamzah dipecat daripada Bersatu bulan lepas susulan krisis kepimpinan antara beliau dan presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Author: admin