Aidilfitri: Sekolah diberi cuti tambahan 18 Mac

calon spm student
Satu hari cuti tambahan pada 18 Mac diumumkan bagi semua sekolah sempena Aidilfitri.

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan satu hari cuti tambahan pada 18 Mac kepada semua sekolah, bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini.

Pemberian itu bertujuan memberi ruang kepada guru, murid dan ibu bapa membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri dalam suasana yang teratur.

“Langkah ini juga selaras dengan komitmen KPM untuk sentiasa memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan warga pendidikan,” menurut kenyataan.

Berdasarkan Kalendar Akademik Sesi 2026, sekolah dalam Kumpulan A melibatkan Kedah, Kelantan dan Terengganu diperuntukkan satu hari cuti tambahan pada 19 Mac.

Sekolah dalam Kumpulan B merangkumi Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor serta Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya diberikan dua hari cuti tambahan, iaitu 19 dan 20 Mac.

Author: admin