
PETALING JAYA: Tiga daripada empat anak bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin yang sedang dikesan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berada di luar negara.
Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban, berkata rekod menunjukkan mereka meninggalkan Malaysia akhir bulan lalu dan awal bulan ini.
“Ya, saya sahkan mereka sudah pun keluar dari Malaysia kecuali seorang yang buat masa ini tiada rekod pergerakan keluar dari negara,” katanya menurut Sinar Harian.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi mereka dan pihaknya akan menyalurkan maklumat diperlukan kepada SPRM.
Semalam, SPRM memaklumkan sedang mengesan empat anak Daim bagi membantu siasatan mengikut Akta SPRM 2009.
Alamat terakhir Asnida di No 6, Lot 545, Lorong Pelangi Pagi D, Country Heights, Kajang, manakala Md Wira Dani di No 333, Jalan Kolam Air, Taman Melawati, Ulu Klang, Muhammed Amir dan Muhammed Amin di No 6, Persiaran Bukit Tunku, Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
