LKAN dapati ketakteraturan serius dalam kutipan yuran, belanja UKM

ukm
Laporan Ketua Audit Negara 2026 Siri 1 mendapati hasil yuran dikutip Universiti Kebangsaan Malaysia berjumlah RM32.36 juta, tidak direkod sebagai hasil. (Gambar UKM)

PETALING JAYA: Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2026 Siri 1 mendedahkan ketakteraturan serius dan pelanggaran tadbir urus dalam kutipan yuran pelajar serta perbelanjaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), yang melanggar undang-undang dan peraturan kewangan berkaitan.

Laporan itu menyatakan kutipan yuran pelajar oleh Koperasi B-5-1788, berjumlah RM50.74 juta dikutip tanpa kuasa.

Laporan berkenaan juga mendapati hasil yuran berjumlah RM32.36 juta tidak direkod sebagai hasil UKM daripada keseluruhan hasil yuran pelajar berjumlah RM60.77 juta.

Selain itu, laporan tersebut mendedahkan satu perjanjian kerjasama dimeterai pihak universiti itu tidak mendapat kelulusan menteri kewangan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin