Suhakam gesa tubuh RCI siasat dakwaan libat Azam

PETALING JAYA: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyeru suruhanjaya siasatan diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan melibatkan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), susukan laporan Bloomberg.

Suhakam berkata ia bimbang sekiranya jawatankuasa penyiasatan khas tidak mempunyai kuasa statutori yang jelas serta kuasa penyiasatan yang mencukupi, bagi menyiasat dakwaan melibatkan Azam Baki.

“Badan yang tidak mempunyai kuasa untuk memanggil saksi hadir, menghendaki pengeluaran dokumen, atau mendapatkan bukti berkaitan, berisiko dinilai sebagai terhad dari segi skop dan keberkesanan.

Menurutnya, RCI mempunyai kuasa untuk memanggil saksi, memeriksa mereka di bawah angkat sumpah, serta memaksa pengeluaran dokumen.

“Kuasa-kuasa ini amat penting bagi memastikan pemeriksaan yang menyeluruh, bebas dan telus terhadap semua dakwaan berkaitan,” katanya.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin