Pecat Hamzah beri gambaran Muhyiddin takut, kata Saifuddin

saifuddin abdullah
Ahli Parlimen Saifuddin Abdullah berkata pemecatan Hamzah Zainudin menimbulkan persoalan.

PETALING JAYA: Pemecatan Hamzah Zainudin beberapa jam selepas 16 Ahli Parlimen mendesak Presiden Muhyiddin Yassin meletak jawatan memberi gambaran bekas perdana menteri itu takut dengan pengaruh bekas timbalannya.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, berkata tindakan itu menimbulkan persoalan mengenani motif sebenar keputusan itu.

“Jika benar Muhyiddin masih mempunyai sokongan, tidak perlu bertindak seperti ini,” menurut kenyataan.

“Pemecatan ini memperlihatkan Muhyiddin sebagai pemimpin yang lemah dan penakut.”

Awal hari ini, Bersatu memecat Hamzah, yang juga ketua pembangkang di Parlimen, di tengah-tengah kemelut kepimpinan antara beliau dan Muhyiddin.

Lembaga disiplin menyatakan Hamzah melanggar peruntukan perlembagaan parti yang memerlukan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika, dan tata kelakuan parti.

Selepas Hamzah, Bersatu turut memecat 16 pemimpin termasuk tiga Ahli Parlimen iaitu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Machang), Azahari Hasan (Padang Rengas) dan Fathul Huzir Ayob (Gerik).

Saifuddin antara 16 pemimpin Bersatu yang dilapor menyatakan sokongan kepada gesaan Naib Presiden Ronald Kiandee supaya Muhyiddin meletak jawatan presiden.

Beliau dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan dipecat pada Oktober dan Januari lalu.

Author: admin