KPKM serah 100% pada pihak berkuasa siasat isu Agrobank

Menteri Mohamad Sabu kata siasatan isu kerugian Agrobank akibat kes jenayah penipuan dalam talian diserahkan kepada pihak berkuasa. (Gambar Bernama)

‎SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat isu kerugian Bank Pertanian Malaysia Bhd (Agrobank) membabitkan lebih RM200 juta akibat kes jenayah penipuan dalam talian.

‎Menteri Mohamad Sabu berkata perkara berkenaan terletak sepenuhnya bawah bidang kuasa polis dan Bank Negara (BNM).

“Kita serah 100% kepada mereka untuk menyiasat, saya tak boleh berikan komen lanjut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Kecemerlangan Madani Agro.

‎Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail dalam jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan Agrobank mengalami kerugian RM203.8 juta akibat penipuan dalam talian yang dilaporkan pada November tahun lepas, lapor media semalam.

Saifuddin berkata 47 individu ditahan berkaitan ‎kes itu dengan tiga didakwa mengikut Seksyen 424C(1) Kanun Keseksaan atas kesalahan penggunaan ‎akaun keldai.

Beliau turut memaklumkan ia tidak melibatkan sebarang akaun pelanggan institusi kewangan itu.

‎Siasatan terhadap 44 suspek lain masih ‎diteruskan dan polis sedang memuktamadkan kertas siasatan dengan ‎bantuan CyberSecurity serta BNM.

Author: admin