Guru pernah dihukum penjara ditahan atas tuduhan liwat pelajar

lazim ismail
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Lazim Ismail berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat kes amang seksual fizikal membabitkan kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun yang didakwa dilakukan oleh bekas banduan yang juga seorang guru sekolah di Desa Pandan.

Ketua Polis Wangsa Maju, Lazim Ismail, berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa berhubung kejadian itu pada 3 Feb lalu.

“Mangsa berkata dia mengenali suspek, yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah di Desa Pandan dan mendakwa dia diliwat oleh suspek beberapa kali,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, suspek telah ditahan dan hasil semakan mendapati lelaki berkenaan pernah dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan enam sebatan bagi dua kes terdahulu.

Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan kesalahan yang pernah disabitkan ke atas suspek sebelum ini.

Menurutnya, kes terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 14(d) Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.

Author: admin