Rasuah USD19.7 juta, bekas menteri keadilan China dihukum penjara seumur hidup

prison jail
Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kepada bekas menteri keadilan, Tang Yijun serta menyita semua harta peribadinya. (Gambar Bernama)

BEIJING: Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen di wilayah Fujian, China pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas menteri keadilan, Tang Yijun kerana menerima rasuah lebih 137 juta yuan (USD19.7 juta), lapor Sputnik/RIA Novosti yang memetik Mahkamah Rakyat Agung.

“Mahkamah Rakyat Pertengahan Xiamen pada 2 Feb mengumumkan keputusan dalam kes rasuah terhadap Tang Yijun, bekas pengerusi Jawatankuasa Wilayah Jiangxi bagi Persidangan Perundingan Politik Rakyat China, dengan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana rasuah dan melucutkan hak politiknya,” menurut mahkamah dalam kenyataan.

Mahkamah turut memutuskan semua harta peribadi Tang dirampas.

Tang didapati menyalahgunakan jawatannya untuk kepentingan pihak ketiga dan organisasi semasa berkhidmat sebagai gabenor wilayah Liaoning serta menteri keadilan antara 2006 hingga 2022.

Menurut mahkamah, beliau membantu dalam penyenaraian saham syarikat, pengambilan tanah dan pinjaman bank sebagai balasan untuk rasuah.

Author: admin