3 Adun Perlis mohon sertai PAS semula

3 Adun Perlis tergugur jawatan
PAS menghentikan serta-merta keahlian Adun Chuping Saad Seman, Adun Bintong Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji Mohd Ridzuan Hashim pada 24 Dis lalu kerana menarik sokongan kepada menteri besar ketika itu Shukri Ramli. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Majlis Syura Ulama PAS menerima permohonan tiga Adun Perlis menyertai parti itu semula.

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Yahaya, berkata permohonan itu akan diserahkan kepada setiausaha agung parti untuk pertimbangan PAS Pusat.

PAS menghentikan serta-merta keahlian Adun Chuping, Saad Seman; Adun Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan Adun Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim pada 24 Dis lalu kerana bersama lima wakil rakyat Bersatu menarik sokongan kepada menteri besar ketika itu, Shukri Ramli.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin