PM gembira kartel beban rakyat didedahkan

Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Anwar Ibrahim berucap pada majlis pelancaran bangunan baharu Hospital Seberang Jaya. (Gambar JohnShen Lee)

BUTTERWORTH: Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa lega kerana aktiviti kartel akhirnya didedahkan, sambil menegaskan kerakusan mereka telah membebankan kos sara hidup rakyat.

Anwar menegaskan negara tidak sepatutnya bergantung kepada kartel dalam bidang pertahanan, penjagaan kesihatan dan perolehan kerja awam.

“Pada akhirnya, kehidupan kita akan terbeban oleh kartel ini, yang mengenakan harga yang melampau bagi barangan mereka.

“Saya gembira isu-isu besar ini kini didedahkan supaya orang ramai faham betapa sukarnya untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya berucap pada majlis pelancaran bangunan baharu Hospital Seberang Jaya hari ini.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin