
PETALING JAYA: Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag pada PRK kali ini, menurut Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
Akamal menulis di Facebook: “Alhamdulillah Kinabatangan dan Lamag kekal BN. Terima kasih semua.”
Terdahulu, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata BN mendahului di Kinabatangan dengan kelebihan 9,723 undi, manakala di Lamag dengan 2,093 undi.
Kerusi Kinabatangan dan Lamag sebelum ini disandang Bung Moktar Radin, yang berkhidmat selama enam penggal berturut-turut sebelum meninggal dunia pada Disember 2025.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Perikatan Nasional (PN) tidak bertanding dalam PRK tersebut bagi menghormati legasi Bung Moktar.
