
BANGI: Perdana Menteri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Selangor membatalkan projek ladang ternakan babi di Bukit Tagar dan mempertimbangkan lokasi lain lebih sesuai.
Beliau berkata, perkara itu sudah dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi selepas mengambil kira keresahan penduduk setempat.
“Isu ini melibatkan aspek persekitaran serta kebimbangan masyarakat setempat dan perlu diberi perhatian serius. Saya akan berbincang dengan menteri besar Selangor.
“Kita minta supaya projek ini dibatalkan sekiranya boleh, atau dipindahkan ke kawasan lebih sesuai dengan syarat penggunaan teknologi yang terjamin,” katanya ditemui selepas solat Jumaat di Surau Al-Amin, Bandar Baru Bangi.
BERITA LANJUT MENYUSUL
