
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengurangkan ganti rugi kepada keluarga Altantuya Shaariibuu daripada RM5 juta kepada RM1.38 juta dalam saman mereka terhadap penganalisis politik, Abdul Razak Baginda dan dua bekas anggota polis berhubung kematiannya pada 2006.
Ibu bapa Altantuya, Shaariibuu Setev dan Altantsetseg Sanjaa bersama anaknya, Mungunshagai menyaman kerajaan Malaysia, Abdul Razak serta bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri atas dakwaan wujud konspirasi dalam pembunuhan itu.
Hakim Besar Malaya, Hashim Hamzah, berkata Mahkamah Tinggi terkhilaf dari segi undang-undang apabila memutuskan ganti rugi RM5 juta kepada keluarga Altantuya.
Beliau turut memutuskan bahawa kerajaan tidak bertanggungjawab secara vikarius terhadap tindakan Sirul dan Azilah kerana mereka tidak menjalankan tugas rasmi ketika pembunuhan berlaku.
Turut sidang bersama Hashim ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Azman Abdullah dan K Muniandy.
BERITA LANJUT MENYUSUL
