
SHAH ALAM: Bekas perdana menteri Najib Razak menyelesaikan saman fitnah terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas dan penerbit GB Gerakbudaya Enterprise Sdn Bhd berhubung beberapa kandungan dalam memoir Thomas.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Khadijah Idris selepas peguam kedua-dua pihak memaklumkan kepada mahkamah bahawa satu penyelesaian secara baik telah dicapai.
“Terma penghakiman persetujuan direkodkan oleh mahkamah. Sehubungan itu, saman sivil plaintif ditarik balik tanpa perintah kos dan tanpa kebenaran untuk memfailkan semula,” kata hakim.
BERITA LANJUT MENYUSUL
