
KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi Zizie Izette Abdul Samad, balu pemimpin Umno, Bung Moktar Radin untuk menarik balik tiga pertuduhan rasuah berhubung skim pelaburan Felcra bernilai RM150 juta 11 tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Law Chin How memaklumkan Hakim Mahkamah Sesyen, Rosli Ahmad berhubung penolakan representasi yang difailkan bulan lalu.
“Jabatan Peguam Negara (AGC) telah meneliti representasi itu. Kami mahu pihak pembelaan meneruskan kes mereka,” katanya sambil menambah pihak pendakwaan turut menarik balik pertuduhan terhadap Bung di bawah Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah.
Beliau berkata, pihak pendakwaan menarik balik pertuduhan terhadap Bung menyebabkan hakim mengarahkan bekas Ahli Parlimen Kinabatangan dan Adun Lamag itu dibebaskan.
Hakim menetapkan 5, 6 dan 12 Mac ini untuk Zizie memberi keterangan dan disoal balas pihak pendakwaan atas tuduhan bersubahat.
BERITA LANJUT MENYUSUL
