
KUALA LUMPUR: Hafizuddeain Jantan, bekas panglima tentera darat yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan berkait perolehan tentera, memohon persaraan awal.
Menteri Khaled Nordin berkata peguam Hafizuddeain memaklumkan kepada Kementerian Pertahanan mengenai niat anak guamnya untuk bersara, berkuat kuasa 1 Jan.
Katanya, persaraan awal itu akan membolehkan proses mengenal pasti dan melantik panglima angkatan tentera baharu, jawatan yang asalnya dijadualkan untuk disandang oleh Hafizuddeain.
“Calon akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Proses ini akan mengambil sedikit masa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan amanat tahun baharu di Wisma Perwira.
BERITA LANJUT MENYUSUL
