4 ditahan berkait ugutan terhadap ketua polis Kelantan

Mohd Yusoff Mamat
 Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat berkata semua suspek ditahan dan diambil keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. (Gambar Bernama)

KOTA BHARU: Polis menahan empat lelaki warga tempatan berhubung ugutan terhadap Ketua Polis Kelantan, Mohd Yusoff Mamat.

Yusoff berkata semua mereka ditahan sejak beberapa hari lepas untuk diambil keterangan bagi siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Kita tidak menolak kemungkinan mereka diupah sindiket dadah mahupun along,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu dan Perhimpunan Penjawat Awam Kelantan Tahun 2026 di Kompleks Kota Darulnaim.

Media sebelum ini melaporkan Yusoff menerima ugutan dipercayai daripada sindiket yang terkesan dengan ketegasan pasukan pimpinannya menangani jenayah di negeri ini.

Ugutan itu berupa contengan menggunakan dakwat merah pada dinding lapang sasar di Gunong, Bachok pada 22 Dis lepas.

Author: admin