
PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia dinasihatkan menangguh perjalanan tidak penting ke Venezuela buat sementara mengambil kira situasi keselamatan di negara itu.
Kementerian Luar Negeri yang juga dikenali Wisma Putra menegaskan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas akibat perkembangan terkini di Venezuela.
“Tiada perubahan terhadap status rakyat Malaysia di Venezuela sejak kemas kini terakhir kami pada 4 Jan.
“Kedutaan Besar Malaysia di Caracas sentiasa berhubung secara berterusan dengan rakyat Malaysia berdaftar di sana…Semuanya telah dikenal pasti dan dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan.
Menurutnya, ia akan terus memantau situasi semasa dengan teliti dan memberikan maklumat lanjut jika perlu.
