Malaysia komited anjur keadilan, keamanan dan maruah di pentas global

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bernama pic 7125
Perdana Menteri Anwar Ibrahim sampai syarahan umum bertajuk ‘Power Shifts: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye’ di Ankara hari ini. (Gambar Bernama)

ANKARA: Malaysia tetap komited mempromosikan keadilan, keamanan dan maruah di arena antarabangsa, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan Malaysia bersedia menyokong usaha multilateral, termasuk inisiatif pengaman antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), sambil menghormati peranan pihak berkepentingan serantau.

“Malaysia bersikap terbuka. Jadi, apa sahaja yang perlu atau untuk membantu, kita akan lakukannya. Namun, kami tidak akan melangkaui peranan negara jiran dan kuasa besar yang terbabit,” katanya.

“Seperti yang saya nyatakan, isu ini bukan hanya berkaitan Gaza. Nasib etnik Rohingya, termasuk di Myanmar serta negara lain seperti Kemboja dan Thailand, turut menjadi perhatian. Dalam kapasiti yang ada, Malaysia bersedia memainkan peranan kerana kami berpegang kepada prinsip keadilan, keamanan, dan maruah.”

Anwar berkata demikian ketika sesi soal jawab pada syarahan umum bertajuk ‘Power Shifts: Strategic Choices for Malaysia and Turkiye’ hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai kemungkinan Malaysia dan Turki mengetuai kerjasama politik dan moral dalam dunia Islam.

Author: admin