Bersatu pecat Saifuddin Abdullah

saifuddin abdullah
Lembaga Disiplin Bersatu beri tempoh 14 hari untuk Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah merayu keputusan tersebut.

PETALING JAYA: Bersatu memecat ahli Majlis Pimpinan Tertingginya, Saifuddin Abdullah, berkuat kuasa hari ini.

Menurut sepucuk surat Lembaga Disiplin Bersatu bertarikh hari ini, pemecatan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu diputuskan dalam satu mesyuarat semalam.

Surat berkenaan menyatakan Saifuddin dipecat hak keahlian dalam parti kerana tindakan beliau yang melanggar Klausa 9.1.4 Perlembagaan parti yang mewajibkan ahli mematuhi perlembagaan, kod etika dan tatakelakuan parti.

Bagaimanapun, Lembaga Disiplin Bersatu memberi tempoh 14 hari berkuatkuasa hari ini untuk Saifuddin mengemukakan rayuan.

Sementara itu, Saifuddin ketika dihubungi FMT mengesahkan menerima surat berkenaan dan akan merayu keputusan tersebut.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin