22 juta rakyat terima SARA RM100 mulai 9 Feb

mykad sara
PM Anwar Ibrahim berkata, bantuan SARA RM100 diberikan secara menyeluruh kepada semua rakyat untuk ringan kos sara hidup menjelang perayaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 22 juta rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 menerusi MyKad masing-masing bermula 9 Feb.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bantuan itu diberikan secara menyeluruh kepada semua rakyat dewasa tanpa mengira latar belakang sebagai langkah meringankan beban kos sara hidup menjelang perayaan

“Ini dengan maksud (untuk) persiapan Ramadan dan juga untuk sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya dalam Perutusan Tahun Baharu 2026 yang disiarkan secara dalam talian.

Selain itu, Anwar turut memaklumkan, bantuan SARA bulanan sehingga RM200 akan mula dikreditkan secara berperingkat menerusi MyKad penerima seawal 9 Jan.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa Satu sehingga RM500 pula akan dikreditkan bermula 20 Jan.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin