Lebih 30 maut, puluhan diculik di pasar

Pasukan gabungan agensi keselamatan dikerahkan bagi menyiasat kejadian serta menyelamatkan mangsa. (Gambar AFP)

ABUJA: Lebih 30 maut, manakala puluhan lain diculik kumpulan disyaki pengganas selepas menyerang sebuah pasar kampung di negeri Niger, tengah Nigeria, dalam gelombang keganasan terbaharu di negara itu, menurut polis pada Ahad, lapor Xinhua.

Jurucakap polis negeri Niger, Wasiu Abiodun, berkata kumpulan berkenaan mencetuskan huru-hara di Kasuwan-Daji, sebuah pasar besar yang terletak di Kampung Demo dalam daerah Kabe, pada Sabtu malam.

“Mereka turut membakar kedai-kedai dan merampas bahan makanan,” kata Abiodun sambil mengesahkan penyerang menyerbu kampung itu melalui kawasan Hutan Taman Negara di wilayah berkenaan.

Abiodun berkata, motif serangan masih belum diketahui dengan memaklumkan pasukan gabungan agensi keselamatan telah dikerahkan ke kampung itu bagi menyiasat kejadian serta menyelamatkan mangsa.

Author: admin