Faizal Azumu lepas jawatan pengerusi PN Perak

Ahmad Faizal Azum
Faizal Azumu meletakkan jawatan pengerusi PN Perak, menyusuli peletakan jawatan Azmin Ali sebagai setiausaha agung dan Sahruddin Jamal sebagai pengerusi PN Johor.

PETALING JAYA: Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu melepaskan jawatan pengerusi Perikatan Nasional Perak, susulan peletakan jawatan ketuanya, Muhyiddin Yassin, sebagai pengerusi gabungan.

Perletakan jawatan ini akan berkuat kuasa 1 Jan 2026, menurut pengumuman beliau di Facebook.

Perkembangan ini menyusuli peletakan jawatan Azmin Ali sebagai setiausaha agung, dan Sahruddin Jamal sebagai pengerusi PN Johor.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatan sebagai pengerusi PN, berkuat kuasa 1 Jan, menyusuli kemelut politik di Perlis, yang menyaksikan jawatan menteri besar beralih daripada PAS kepada Bersatu.

Muhyiddin memimpin PN sejak 7 Ogos 2020, ketika gabungan itu didaftarkan secara rasmi.

Author: admin