Abu Bakar Hamzah angkat sumpah menteri besar Perlis

Abu Bakar Hamzah
Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau kira-kira 1 tengah hari ini. (Gambar Kerajaan Negeri Perlis)

PETALING JAYA: Adun Kuala Perlis Abu Bakar Hamzah mengangkat sumpah sebagai menteri besar Perlis ke-12, menggantikan Adun Sanglang Shukri Ramli yang meletakkan jawatan pada Khamis atas alasan kesihatan.

Abu Bakar yang mewakili Bersatu, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau kira-kira 1 petang, lapor Bernama.

Pelantikan beliau dibuat ketika Perlis berdepan krisis politik, apabila lapan Adun Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mengemukakan akuan bersumpah kepada Raja Perlis bagi menarik balik sokongan terhadap Shukri, yang merupakan wakil PAS.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Author: admin