Dakwaan lelaki dipukul polis sedang disiasat

Timbalan Ketua Polis Kuala Langat, Sufian Amin, umum siasatan ke atas dakwaan seorang lelaki dipukul oleh individu dipercayai anggota polis. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang lelaki warga tempatan dipukul oleh individu dipercayai anggota polis di sebuah rumah di Kampung Sungai Ingat, Banting bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Kuala Langat, Sufian Amin, berkata pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa pada 18 Nov.

Wanita berusia 39 tahun itu mendakwa menerima satu rakaman kamera litar tertutup memaparkan anaknya ditampar oleh individu memperkenalkan diri sebagai polis.

“Menurut laporan itu, anak pengadu ditampar beberapa kali dengan tujuan ingin mencari barang bukti. Bapa pengadu juga memaklumkan menyaksikan perkara itu berlaku,” menurut kenyataan.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Polis meminta orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

Mereka yang mempunyai maklumat kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-3187 2222 untuk membantu siasatan.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *