
PETALING JAYA: Tindakan penerbangan Malaysia Airlines ke Amritsar, India, yang dibatalkan berulang kali memaksa beberapa keluarga tidur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak semalam, menurut kenyataan seorang penumpang.
Gurmukh Singh memberitahu FMT, penerbangan berkenaan dijadualkan berlepas pada 5 petang Jumaat. “Mereka beritahu kami penerbangan itu dibatalkan kerana cuaca buruk di Amritsar,” kata Gurmukh.
Penumpang tersebut ditempatkan di sebuah hotel berdekatan di Putrajaya pada malam Jumaat dan dibawa ke lapangan terbang hari ini untuk penerbangan pada 9 malam. “Namun, ia dibatalkan sekali lagi hari ini,” katanya.

Gurmukh berkata, pihak syarikat memberikan alasan kekurangan slot pendaratan di Amritsar dan telah menjadualkan semula penerbangan tersebut ke 9 pagi, Ahad.
FMT menghubungi Malaysia Airlines untuk mendapatkan maklum balas.
“Mereka sepatutnya berterus-terang dengan kami kerana penerbangan lain dapat mendarat di Amritsar,” kata Gurmukh.
Beliau berkata, penumpang yang membawa anak kecil dan warga emas dibiarkan begitu sahaja di lapangan terbang. “Sekarang kami tidur di lapangan terbang. Ada kanak-kanak dan warga emas bersama kami,” katanya.

Gurmukh berkata, beliau dalam perjalanan ke Amritsar untuk kunjungan keagamaan dan kini dijangka hanya akan tiba di negeri Punjab itu pada Ahad, sekali gus mengakibatkan tiga hari cuti tahunannya menjadi sia-sia kerana dihabiskan di lapangan terbang.
Amritsar, yang terletak di Punjab, India, terkenal sebagai pusat agama Sikh dan menempatkan Kuil Emas. Ia merupakan sebuah tapak keagamaan yang penting.
Amritsar, in Punjab, India, is known as the centre of Sikhism and home to the gilded Golden Temple. It is a significant pilgrimage site.
