
PETALING JAYA: Lotus’s Melaka Cheng dibuka semula hari ini selepas menjalani pengembangan yang menambah pilihan makanan dan minuman (F&B), memperkukuh sokongan kepada jenama tempatan serta menyediakan ruang lebih mesra keluarga bagi memenuhi keperluan harian penduduk setempat.
Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd berkata, penambahbaikan itu bertujuan mengukuhkan peranan pusat beli-belah kejiranan tersebut dalam melayani komuniti Melaka Tengah utara yang semakin berkembang, dengan fokus kepada kebolehcapaian, keselesaan dan kepelbagaian penyewa.
Susulan pengembangan itu, Lotus’s Melaka Cheng kini mempunyai tambahan 4,311 meter persegi ruang baharu, menjadikan keluasan keseluruhan 7,616 meter persegi. Ia turut memperkenalkan 11 lot baharu yang menempatkan 12 penyewa, sekali gus meningkatkan jumlah keseluruhan lot runcit kepada 57.
Kira-kira 30% daripada keseluruhan lot kini terdiri daripada tawaran F&B, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi mesra keluarga untuk menjamu selera, membeli-belah dan meluangkan masa bersama.
Ketua Pegawai Kewangan dan Pembangunan Hartanah Lotus’s Malaysia Yvonne Yong berkata pengembangan itu dirancang berdasarkan maklum balas komuniti setempat.
“Pengembangan ini sememangnya berkisar tentang kejiranan. Kami mendengar apa yang diinginkan oleh keluarga setempat; lebih banyak pilihan makanan, jenama yang dikenali serta ruang yang selesa untuk meluangkan masa bersama,” katanya dalam kenyataan.

Antara penyewa baharu dalam kategori F&B ialah Harum Kopi, My Mom’s Chicken Rice, Big Apple Donuts, Mee Hiris Express, Bonda Laksa dan Mixue. Bagi kategori gaya hidup dan elektronik pula, penambahan termasuk Sin Siang Stationery, Umairose Boutique, Xiaomi, Oppo, LG Electronics dan G Accessories.
Harum Kopi menjadi antara tarikan utama kerana tampil buat pertama kali di Lotus’s Melaka Cheng, sekali gus mencerminkan komitmen Lotus’s dalam membantu jenama tempatan berkembang lebih dekat dengan komuniti.
My Mom’s Chicken Rice, jenama halal popular yang diasaskan personaliti Linda Onn, turut menyertai barisan penyewa baharu dengan menawarkan hidangan mesra keluarga.
Sin Siang Stationery pula memenuhi keperluan alat tulis dan pembungkusan hadiah harian penduduk setempat.
“Penambahan ini bukan sekadar mengenai kepelbagaian, tetapi juga menyokong pertumbuhan jenama tempatan sambil menawarkan pilihan yang dikenali dalam suasana mesra komuniti,” tambah Yvonne.
Bagi meraikan pembukaan semula itu, Lotus’s Melaka Cheng menganjurkan pelbagai aktiviti dan promosi sehingga 21 Dis, termasuk karnival hujung tahun pusat beli-belah, diskaun penyewa sehingga 50%, promosi medan selera sehingga 30% serta tawaran diskaun dalam cawangan Lotus’s sehingga 40% bagi produk terpilih.
Ahli My Lotus’s sedia ada turut menikmati ganjaran tambahan, termasuk mata ganjaran berganda dan baucar tunai bagi perbelanjaan tertentu.
Lotus’s Malaysia berkata pihaknya akan terus melaksanakan penambahbaikan pusat beli-belah berfokuskan kejiranan secara berperingkat, selaras dengan keperluan setempat.
“Ia bagi mengukuhkan peranannya sebagai ruang harian komuniti untuk membeli-belah, menjamu selera dan beriadah bersama,” katanya.

Your content never disappoints. Keep up the great work!
Сильная седация создаёт иллюзию глубокой терапии, но ухудшает управляемость картины и маскирует риски, особенно вне стационара. Наша методика — клиническая достаточность. Состав и скорость инфузий подбираются под реальное давление и пульс, выраженность тремора и тошноты, уровень тревоги, состояние печени и желудка, а также под совместимость с тем, что уже было принято. Мы заранее переводим медицинские цифры на человеческий язык: реально допустимые колебания, признаки нормальной «волны улучшения» и те сигналы, при которых нужно немедленно связаться с дежурным.
Выяснить больше – вывод из запоя в Лобне