Larangan bawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah masih kekal

Ng Suee Lim
Exco Selangor, Ng Suee Lim, kata dasar yang digunakan di negara lain perlu diteliti kesesuaian. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Larangan membawa haiwan peliharaan ke pusat beli-belah di Selangor masih kekal dan berkuat kuasa, kata Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Ng Suee Lim.

Mengulas tindakan sebuah pusat beli-belah di Lembah Klang yang membenarkan pengunjung membawa haiwan peliharaan masuk ke premis, Ng berkata dasar yang digunakan di negara lain perlu diteliti kesesuaian dengan budaya di negeri ini.

“Di negara tertentu mereka memang mesra, boleh bawa haiwan ke sini, ke sana, masuk ke pusat beli-belah dan sebagainya.

“Bagaimanapun, berdasarkan budaya kita yang pelbagai kaum dan sebagainya, kita perlu teliti sama ada semua langkah mereka itu boleh atau sesuai diguna pakai di semua tempat,” katanya, lapor Bernama.

Ng berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai Op Terjah Pembersihan Awam di Seksyen 7.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *