
PETALING JAYA: Kes tembak yang meragut nyawa tiga lelaki di Durian Tunggal, Melaka, kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
Jabatan Peguam Negara memaklumkan menerima laporan dan taklimat daripada polis dan bersetuju siasatan kes diklasifikasikan semula sebagai bunuh.
Bagaimanapun, penelitian awal mendapati masih terdapat beberapa tindakan lanjut yang perlu dilaksanakan polis bagi melengkapkan siasatan kes sebelum keputusan muktamad dibuat.
BERITA LANJUT MENYUSUL
