
PETALING JAYA: Tiga ditahan dan dadah berjumlah RM10.4 juta dirampas dalam serbuan sebuah rumah teres tiga tingkat di Kajang yang dijadikan stor serta tempat pembungkusan dadah sejak tiga bulan lalu.
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, berkata dua wanita tempatan dan seorang lelaki asing merupakan pembungkus dadah ditahan dalam serbuan 8 Dis lalu.
Menurutnya, kira-kira 81kg dadah dirampas merangkumi serbuk dan pil ecstasy, ketamin, syabu, pil eramin 5 dan pil yaba.
“Polis turut merampas 1,600 batang rokok disyaki mengandungi bunga ganja dengan anggaran berat 2kg, selain 400 kotak minuman dan botol disyaki berisi cecair ecstasy berisipadu kira-kira 195.50 liter.
“Semua dadah ini dipercayai untuk pasaran sekitar Lembah Klang,” katanya menurut Sinar Harian di IPK Selangor di Shah Alam.
Beliau berkata, dua wanita itu dipercayai menerima upah RM5,000 dan suspek lelaki dikatakan baru mula bekerja selepas memasuki Malaysia 25 Nov lalu.
Katanya, polis giat mengesan dalang dan rangkaian lain bagi mengetahui lebih lanjut modus operandi dan harga pasaran minuman dadah itu.
Shazeli berkata semua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala sebuah Honda City dan enam barang kemas bernilai RM52,600 dirampas bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Keep writing! Your content is always so helpful.
I wasn’t expecting to learn so much from this post!
https://shorturl.fm/hZERs
Yo! New to 79kingfitting. Solid so far! Interface is on point, and the odds are better some places. Give a go lads 79kingfitting