
KUANTAN: Seorang pengusaha restoran kerugian RM783,000 akibat terperdaya skim pelaburan saham tidak wujud diiklankan menerusi Facebook.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Azry Akmar Ayob, berkata lelaki berusia 30 tahun yang tertarik dengan tawaran berkenaan dihubungi seorang individu sebelum mangsa dijanjikan pulangan harian antara RM550 hingga RM600.
Beliau berkata, mangsa kemudian membuat 23 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza antara 20 Okt hingga 7 Dis lalu menggunakan wang simpanan peribadi, simpanan perniagaan, pinjaman keluarga serta jualan barang kemas.
“Namun, selepas bayaran dibuat mangsa gagal mengeluarkan wang keuntungan dan diminta membuat bayaran tambahan,” katanya dalam kenyataan.
Azri berkata, mangsa yang menyedari ditipu membuat laporan di IPD Jerantut semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

I appreciate the honesty and openness in your writing.
Posts like this are why I keep coming back. It’s rare to find content that’s simple, practical, and not full of fluff.
Alright, luckbetcasino, let’s see what you’ve got! Always up for trying a new casino. Hopefully Lady Luck is on my side tonight! I’m heading over to luckbetcasino now!
Let’s give 123win02 a try. I am ready to see how lucky it is today! Check it out and let me know what you think! Check it: 123win02