Sukan SEA: Taekwondo wanita cipta kejutan raih emas

Taekwondo Malaysia
(Dari kiri) Yow Mei Yee, Seah Jing Ying dan Wong Zin selepas memenangi pingat emas dalam acara poomsae berpasukan wanita di Bangkok hari ini. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Pasukan taekwondo negara meraih pingat emas pertama mereka di Sukan SEA selepas mengungguli acara poomsae berpasukan wanita di Bangkok hari ini.

Walaupun bukan pilihan utama untuk menang, persembahan lincah dan kemas oleh Seah Jing Ying, Wong Zin dan Yow Mei Yee memukau juri, sekali gus memberikan mereka 8.560 mata dalam final.

Mereka menewaskan pencabar terdekat dari Thailand – Chonlakorn Chayawatto, Chutikarn Lapnitayapan dan Ratchadawan Tapaenthong – yang mengumpul 8.450 mata dan terpaksa berpuas hati dengan perak.

Jing Ying berkata mereka tidak menyangka mampu menghadiahkan emas pertama skuad taekwondo, terutama apabila berdepan tekanan besar menentang tuan rumah yang mendapat sokongan padu penonton.

Beliau juga menjelaskan bahawa kontroversi melibatkan rakan sepasukan Jason Loo dan Nur Humaira Abdul Karim dalam acara poomsae berpasangan campuran sebelum itu tidak menjejaskan fokus mereka.

“Kami tetap fokus pada persembahan sendiri kerana tidak mahu terganggu dengan perkara lain,” katanya dipetik Bernama.

Keputusan juri yang memberikan kemenangan kepada pasangan Thailand, Chonlakorn Chayawatto dan Thana Kiewailerd, dalam saingan suku akhir menentang Jason dan Nur Humaira mengecewakan kontinjen Malaysia.

Kedua-dua pasangan sebenarnya terikat dengan 8.460 mata.

Malaysia membuat bantahan, namun juri mengekalkan keputusan asal.

Author: admin

1 thought on “Sukan SEA: Taekwondo wanita cipta kejutan raih emas

  1. Alright, va88ads! Not gonna lie, I was expecting a bit more. The site’s alright, but the game selection isn’t hitting the mark for me personally. Give it a try and see if it’s your cup of tea: va88ads

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *