
PETALING JAYA: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin dilantik mengetuai Umno negeri itu susulan kematian Bung Moktar Radin, Jumaat lalu.
Jawatan setiausaha Umno Sabah yang ditinggalkan Jafry, yang juga Adun Sukau, diisi Samasuddin Yusop.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Hasnol Ayub, pula mengambil alih jawatan timbalan ketua Umno Sabah daripada Abdul Rahman Dahlan.
Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pelantikan oleh Presiden Zahid Hamidi itu berdasarkan Fasal 12.5 Perlembagaan Umno.
Beliau berkata, pelantikan itu bagi memastikan kesinambungan pentadbiran, memperkukuh penyelarasan parti dan menyelaras gerak kerja parti lebih tersusun serta berkesan.
“Umno menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti memberikan sokongan penuh kepada barisan kepimpinan baharu ini demi memastikan Umno dapat terus memberikan khidmat terbaik kepada rakyat dan mendokong kerajaan Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Just logged into yy567gamelogin and ready to play! The interface looks pretty clean and user-friendly. Hope the games are just as good. Game on! Find it here: yy567gamelogin
Okkingapp… the name’s got a certain ring to it. Hoping for some royal wins here! Let’s see if this app lives up to the hype. Gonna explore okkingapp and report back later.