
PETALING JAYA: Semua pengurusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta badan berkanun di Sabah diarahkan mengemukakan laporan prestasi bertulis setiap tiga bulan terus kepada Ketua Menteri Hajiji Noor mulai tahun depan.
Hajiji berkata inisiatif itu bertujuan memastikan kerajaan menerima maklumat tepat pada masanya berhubung kemajuan projek, kedudukan kewangan, keberkesanan perkhidmatan dan pencapaian masing-masing.
“Langkah ini penting untuk memantau prestasi setiap entiti,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet.
Hajiji menegaskan ketua pegawai eksekutif (CEO), pengurus besar kumpulan (GGM) dan pengurus besar (GM) yang gagal mengemukakan laporan, tidak mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) atau tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan akan disemak kedudukannya, termasuk ditukar atau ditamatkan perkhidmatan
Beliau menggesa semua CEO, GGM dan GM untuk menetapkan KPI yang jelas dan terukur selaras dengan mandat organisasi masing-masing.
“Semua projek, inisiatif, program dan perbelanjaan mesti mematuhi piawaian tadbir urus profesional, termasuk integriti kewangan, ketelusan pelaksanaan dan akauntabiliti kepada
rakyat,” tegasnya.
Sambil mengakui setiap GLC dan badan berkanun di Sabah mempunyai objektif berbeza dengan ada berorientasikan keuntungan dan perkhidmatan sosial, Hajiji menegaskan semua entiti tetap bertanggungjawab menunjukkan tahap komitmen, kecekapan dan integriti tinggi.
“Setiap CEO, GGM dan GM yang dilantik mesti menyumbang secara bertanggungjawab, seperti yang diharapkan oleh rakyat dan kerajaan, bagi membantu memajukan Sabah.
“Dengan pemantauan yang lebih teratur dan pengurusan yang lebih bertanggungjawab, agenda Sabah Maju Jaya 2.0 dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan serta memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah,” katanya.

TeamMX, lo he usado para algunas apuestas y hasta ahora todo bien. La interfaz es amigable. Aquí te dejo el link teammx.
Just checking if anyone has used f168n before? I’m looking for a new place to drop some bets.