
KUALA LUMPUR: Umno belum bersedia membincangkan pengganti Bung Moktar Radin bagi Parlimen Kinabatangan dan DUN Lamag, susulan pemergian bekas wakil rakyat itu pada 5 Dis lalu.
Ketua Puteri Nurul Amal Fauzi berkata mesyuarat majlis kerja tertinggi Umno di ibu pejabat parti malam tadi mengadakan tahlil untuk Bung.

“Belum lagi, belum sedia lagi nak bincang pengganti,” katanya kepada pemberita, menggambarkan suasana parti yang masih dalam tempoh berkabung.
“Mesyuarat malam ini mesyuarat bulanan biasa sahaja. Tak ada apa (keputusan besar), cuma sentuh sedikit mengenai PRN Sabah (29 Nov lalu) dan adakan tahlil untuk arwah Bung Moktar. Ramai pemimpin masih terasa dengan pemergian arwah.”
Bung, meninggal dunia pada Jumaat lalu pada usia 66 tahun. Beliau mewakili rakyat Lamag sejak 2020 dan Kinabatangan sejak 1999.
PRN lalu menyaksikan Bung yang meraih 3,908 undi diikut rapat seorang calon bebas (3,755), dalam pertandingan enam penjuru yang turut membabitkan Gabungan Rakyat Sabah (1,646), Warisan (372), dan Perikatan Nasional (258).
Pada PRU 2022, Bung mempertahankan Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 4,330 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya akan mengadakan mesyuarat khas pada 16 Dis ini, bagi membincangkan pilihan raya di Lamag dan Kinabatangan.

Want to get the latest news of Pokerbaazi? Check pokerbaazitwitter.com. All the info you will get here. I personally check it to get news of upcoming poker tournaments. You can check t too for more interesting updates: pokerbaazitwitter