
PETALING JAYA: Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul menegaskan bahawa Thailand tidak akan terbabit dengan sebarang gencatan senjata dengan Kemboja susulan serangan terbaru negara itu.
“Hala tuju Thailand kekal status quo. Tiada gencatan senjata,” katanya ringkas dalam satu hantaran di Facebook.
Semalam, Anutin berkata, Thailand akan melancarkan operasi ketenteraan yang sewajarnya sebagai tindak balas terhadap serangan Kemboja pada Ahad, yang berlarutan sehingga semalam.
Beliau turut menegaskan bahawa Thailand berhak mempertahankan diri, lapor Bangkok Post.
“Kerajaan akan bertindak balas dengan operasi ketenteraan mengikut keadaan sebenar, serta operasi ketenteraan lain jika perlu,” kata Anutin, menurut laporan itu.
Pertempuran antara Thailand dan Kemboja telah merebak ke kawasan baharu di sempadan yang dipertikaikan hari ini, manakala angka korban meningkat kepada 10 orang.
Lebih 140,000 orang awam melarikan diri daripada keganasan tersebut, menurut Reuters.
Pertempuran semalam adalah yang paling sengit sejak insiden berbalas roket dan artileri berat selama lima hari pada Julai, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 48 orang dan menyebabkan 300,000 orang kehilangan tempat tinggal, sebelum Presiden AS Donald Trump dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim campur tangan untuk mengatur gencatan senjata.
Thailand telah memindahkan 438,000 orang awam di lima wilayah sempadan, manakala pihak berkuasa Kemboja memaklumkan bahawa ratusan ribu penduduk dipindahkan ke kawasan selamat.
Menurut tentera Thailand, 18 anggotanya cedera, manakala kerajaan Kemboja melaporkan sembilan orang awam turut mengalami kecederaan.
Pertikaian wilayah yang berlarutan di kawasan dikenali sebagai Emerald Triangle, yang menemukan sempadan kedua-dua negara serta Laos, kembali tercetus pada Mei apabila satu pertempuran mengakibatkan seorang askar Kemboja terkorban.
Insiden ini membawa kepada kerahan tentera secara besar-besaran di sempadan dan melarat sehingga menyebabkan krisis diplomatik serta pertempuran bersenjata.

Yo, just downloaded the yolo247appforandroid! Seems pretty slick. Gonna give it a whirl and see if it lives up to the hype. Fingers crossed for some wins! Check it out here: yolo247appforandroid