AS rampas 9 tan kokain

Rampasan kokain itu susulan Operasi Pacific Viper, inisiatif pentadbiran Donald Trump untuk mengganggu aliran penyeludupan dadah merentasi Lautan Pasifik. (Gambar EPA Images)

ISTANBUL: Sebuah kapal pengawal pantai Amerika Syarikat (AS) merampas lebih 20,000 paun (kira-kira 9,070kg) kokain daripada sebuah kapal minggu ini, merupakan rampasan dadah terbesar di laut dalam tempoh hampir dua dekad, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut pengawal pantai AS, kru kapal Munro, sebuah kapal peronda berpangkalan di Alameda, California dan beroperasi di Pasifik, melakukan rampasan itu ketika operasi memerangi dadah di Pasifik Timur.

Rampasan itu berlaku ketika Operasi Pacific Viper, inisiatif pentadbiran Trump untuk mengganggu aliran penyeludupan dadah merentasi Lautan Pasifik.

“Kekuatan tempur maritim kami mengetuai operasi pintasan dadah Amerika, melindungi tanah air, dan menghalang dadah berbahaya daripada sampai ke komuniti Amerika.

“Di sinilah pertahanan Amerika bermula,” tulis agensi itu di platform media sosial X.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *