
PETALING JAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengecualikan perniagaan dengan pendapatan tahunan bawah RM1 juta daripada e-invois, berkuat kuasa 1 Jan.
Ketika berucap di satu acara di Kota Kinabalu, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri semalam.
“Had awal RM500,000 (untuk e-invois mandatori) telah dinaikkan kepada RM1 juta. Ini bermakna syarikat kecil tidak lagi perlu melaksanakan e-invois,” kata Anwar, yang juga menteri kewangan dalam ucapannya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
