PM arah polis siasat secara telus kes tembak mati di Melaka

perdana putra pmo
Perdana Menteri Anwar Ibrahim mahu siasatan telus, susulan kes lelaki ditembak mati bulan lalu, menegaskan tindakan bertentangan proses negara hukum tidak akan dilindungi.

PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim arah polis menjalankan siasatan secara telus, susulan kes lelaki ditembak mati di Melaka bulan lalu.

Anwar juga mahu Ketua Polis Negara Khalid Ismail menyampaikan laporan terperinci secara telus kepada menteri dalam negeri, dalam tempoh terdekat.

“Saya telah mengarahkan KPN menjalankan siasatan secara telus dan tidak melindungi sesiapa,” katanya, lapor Buletin TV3.

“Kita tidak melindungi penjenayah, tetapi kita juga tidak melindungi tindakan-tindakan, termasuk oleh polis, yang bertentangan dengan proses negara hukum.”

Bukit Aman mengambil alih siasatan sepenuhnya kes tiga lelaki yang ditembak mati oleh polis di Durian Tunggal, pada 3 Dis lalu, selepas keluarga suspek mendakwa mereka dibunuh ala ‘execution style’.

Satu pasukan khas tubuhkan bagi tujuan itu, menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman M Kumar yang memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus, adil, dan profesional.

M Puspanathan, 21, T Poovaneswaran, 24, dan G Logeswaran, 29, ditembak mati pada 24 Nov lepas. Polis mendakwa mereka merupakan perompak bersiri yang menyerang seorang anggota bertugas menggunakan parang.

Bagaimanapun, peguam mewakili keluarga tiga lelaki itu menuntut Bukit Aman menyiasat kematian tersebut, mendakwa mangsa dibunuh ‘execution style’ berdasarkan bukti audio dan forensik.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *