
KOTA KINABALU: Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin yang meninggal dunia di sebuah hospital swasta awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada 2.25 petang.
Van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada 1.45 tengah hari, disambut orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama dalam suasana hiba.
Mereka yang hadir membantu urusan pengebumian termasuk mengangkat jenazah, menyediakan tapak perkuburan dan melakukan kerja-kerja tanah.
Turut hadir Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin; Bendahari Umno Sabah Salleh Said Keruak; dan Adun Kawang Ghulam Haidar Khan Bahadar.
Bung Moktar, 66, meninggal dunia di sebuah hospital swasta pada 1.46 pagi tadi.
Terdahulu, Yang di-Pertua Negeri Musa Aman dan Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi antara ribuan yang hadir menunaikan solat jenazah, dilaksanakan selepas solat Jumaat dan diimamkan Imam Besar Masjid Negeri Suhaidi Kuanting di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Turut serta Menteri Luar Mohamad Hasan; Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani; Jafry Ariffin; Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Arifin Arif; Setiausaha Kerajaan Negeri Safar Untong; dan Setiausaha Persekutuan Sabah Razali Wahab.
Terdahulu, Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor bersama pemimpin negeri memberi penghormatan terakhir kepada Bung di kediamannya di Luyang.

Solid article! Thinking about bankroll management & variance is key in tournaments. Seeing platforms like jljl555 vip offer diverse games does impact long-term strategy & enjoyment. Good read!