Perbelanjaan elaun atas panggilan pegawai perubatan dianggar RM407 juta setahun

doctor patient freepik
Kadar ETAP sedia ada bagi pakar perubatan dan pakar pergigian dinaikkan kepada kadar baharu antara RM135 hingga RM350 semalam. (Gambar Freepik)

PETALING JAYA: Perbelanjaan bagi pembayaran elaun tugas atas panggilan (ETAP) kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian Kementerian Kesihatan (KKM) mulai 2026 dianggarkan sekitar RM407 juta setahun.

Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata kerajaan meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta setahun kepada KKM, bagi menampung kenaikan kadar ETAP seperti mana diumumkan menerusi Belanjawan 2026.

Belanjawan 2026 menaikkan ETAP yang tidak dikaji sejak 2011 kepada sekitar 40% berkuat kuasa 1 Okt 2025.

Kadar ETAP sedia ada bagi pakar perubatan dan pakar pergigian dinaikkan kepada kadar baharu antara RM135 hingga RM350 semalam.

Kadar baharu ETAP bagi pegawai perubatan dan pegawai pergigian bukan pakar pula antara RM110 hingga RM300 semalam.

“Pelaksanaan kadar baharu ETAP ini turut dipanjangkan kepada pegawai perubatan dan pegawai pergigian yang bertugas di fasiliti kesihatan kerajaan bawah tentera dan universiti awam,” katanya.

Dzulkefly menjawab pernyataan Andi Suryady Bandy (BN-Kalabakan), dalam jawapan bertulis di laman Parlimen.

Author: admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *