Kereta terjunam sungai, pasangan warga emas dikhuatiri lemas

operasi mencari pasangan warga emas kereta terjunam sungai
Pasukan penyelamat berusaha mengesan kereta dinaiki mangsa yang dilaporkan terjunam ke dalam sungai dekat Kampung Rantau Panjang, Kuala Rompin, Pahang. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Suami isteri warga emas dikhuatiri lemas selepas kereta dinaiki dilaporkan terjunam dalam Sungai Rompin, dekat Kampung Rantau Panjang, Kuala Rompin, Pahang.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada 4.55 petang tadi.

Katanya, 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rompin bergegas ke lokasi dan peringkat awal operasi mencari dan menyelamat dilakukan menerusi teknik pencarian di permukaan air.

“Kedalaman sungai di lokasi kejadian dianggarkan lebih 3m dan parasnya dilaporkan sedang meningkat kerana air pasang,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Pekan berada di lokasi kejadian untuk membantu operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, pasukan terbabit sudah melakukan selam skuba di lokasi kejadian untuk mengesan kereta dinaiki mangsa tetapi belum ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Rompin, Sharif Shai Sharif, berkata operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan.

Katanya, pasukan berdepan cabaran arus sungai deras dan identiti dua mangsa dilaporkan hilang belum diperoleh.

Author: admin

1 thought on “Kereta terjunam sungai, pasangan warga emas dikhuatiri lemas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *