PETALING JAYA: Proses pengundian bagi PRN Sabah ke-17 selesai selepas semua pusat mengundi di negeri itu yang kebanyakannya dibuka pada 7.30 pagi – ditutup 5 petang tadi.
Seramai 1,784,843 pengundi berdaftar tersenarai dalam daftar pemilih bagi pilihan raya kali ini.
Sebanyak 23 parti bertanding termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Warisan.
Turut serta Perikatan Nasional (PN), Upko, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Maju Sabah (SAPP).
Ikuti laporan FMT yang dibawakan wartawan Nora Mahpar dan Eilill Easwaran serta jurugambar Muhammad Rabbani Jamian dan Mohd Afizi Ismail.
