Mohammad Mohamarin menang kerusi Banggi buat kali pertama pada PRN 2020.
PETALING JAYA: ‘Alhamdulillah GRS N1 Banggi’. Itu kata Mohammad Mohamarin menerusi Facebook mengulas laporan tidak rasmi menyaksikannya mempertahankan kerusi itu.
“Terima kasih dan tahniah kepada seluruh jentera induk GRS Banggi dan jentera 14 PDM GRS Banggi serta masyarakat Banggi yang mengundi saya dan GRS,” katanya.
Bagaimanapun, masih belum ada keputusan penuh diumumkan pegawai pilihan raya DUN terbabit.
Ia menjadi kerusi pertama yang secara tidak rasmi dimenangi GRS pada PRN Sabah.
Mohamad adalah penyandang kerusi itu yang menang atas tiket Warisan pada 2020 sebelum menyertai GRS tiga tahun kemudian.
Beliau berdepan pertandingan 12 penjuru pada pilihan raya kali ini.
