‘Tak perlu janji, projek sudah jalan,’ Anwar bidas pembangkang

Dalam ucapan dalam temu rapat di Dewan Kebudayaan Bajau Samah, Sulaman, Anwar Ibrahim menghargai peranan Hajiji Noor membantunya menyelesaikan permasalahan rakyat Sabah.

TUARAN: Perdana Menteri Anwar Ibrahim menempelak parti terutama pembangkang yang mendakwa mampu menyelesaikan masalah kemudahan asas di Sabah seperti air dalam tempoh setahun jika diberi mandat selepas PRN, Sabtu ini.

Beliau menegaskan, Putrajaya dan pentadbiran Sabah diketuai Hajiji Noor melaksanakan pelbagai projek jalan raya dan membina empangan untuk menambah kapasiti air di negeri itu.

“Tak payah kamu cakap (mampu selesaikan) sebab memang projek sudah berjalan, tahun depan masalah air ini aan selesai.

“Yang buat siapa? Kerajaan persekutuan dan negeri. Ini ada cakap aku menang baru nak buat,” katanya pada temu rapat di Dewan Kebudayaan Bajau Samah di Sulaman yang turut dihadiri Hajiji.

Dalam ucapan itu, Anwar menghargai peranan Hajiji dalam membantunya menyelesaikan permasalahan rakyat Sabah.

Menurut Anwar yang juga menteri kewangan berkata, pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu tidak pernah meminta demi kepentingan peribadi atau keluarga.

“Dia ganggu saya siang dan malam, fikir masalah orang Sabah. Datuk Seri jalan sini, air sini, elektrik sini (maklumkan masalah kemudahan asas).

“Saya nak tidur pun dia ganggu, tapi saya hormat dia sebab melakukan kerja untuk rakyat Sabah,” katanya.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *