Lebih 18,000 mangsa banjir di Semenanjung

Seramai 9,939 mangsa banjir di Kelantan berlindung di 40 PPS di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seramai 18,503 mangsa banjir direkodkan di Semenanjung Malaysia setakat 9 pagi ini, dengan Kelantan kekal negeri paling teruk terjejas.

Seramai 9,939 mangsa banjir ditempatkan di 40 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, keadaan juga bertambah buruk di Selangor dengan 2,707 penduduk terpaksa dipindahkan ke 19 PPS di Kuala Selangor, Klang, Shah Alam, Hulu Langat dan Sabak Bernam.

Seramai 2,622 mangsa banjir berlindung di 29 PPS di Perak, Kedah (1,659 mangsa banjir di 13 PPS), Perlis (1,129 di 12 PPS), Pulau Pinang (336 di 4 PPS), Terengganu (87 di 1 PPS) dan Pahang (22 di 1 PPS).

Di Brickfields pula, dua orang dipindahkan ke sebuah PPS susulan tanah runtuh akibat hujan lebat semalam.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *