Pemimpin GRS dakwa bakal ada kejutan di Lamag, Sukau

Masiung Banah membantu kempen calon GRS Lamag Johainizamshah Johari yang mencabar Bung Moktar Radin pada PRN Sabah, Sabtu ini.

KOTA KINABALU: Seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mendakwa akan ada kejutan di kerus Lamag dan Sukau yang disandang dua pemimpin utama Umno pada PRN, Sabtu ini.

Lamag disandang Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin manakala Sukau diwakili Setiausahanya Jaffry Ariffin.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Masiung Banah, berkata wujud gelombang anak muda menyokong calon GRS Johainizamshah Johari (Lamag) dan Juhari Janan (Sukau) yang menuntut perubahan politik.

Masiung menegaskan, kebangkitan drastik rakyat di Lamaq dan Sukau pada kempen PRN kali ini khususnya pengundi muda suatu perkembangan di luar jangkaan.

“Kali ini di Lamag kita cuba naik kereta baharu dan laju, kita tinggalkan kereta lama yang sudah lusuh dan melalui beberapa kerosakan.

“Kalau ke Sukau kita yakin akan ada kejutan untuk baharu sambil kita rehatkan pemimpin lama,” katanya kepada media selepas membantu kempen Johainizamshah dan Juhari.

Masiung berkata, kekuatan sokongan akar umbi diterajui anak muda di dua kawasan itu mampu membawa perubahan positif.

“Analisis di atas kertas bukan ukuran yang tepat, tidak mustahil berlaku sebaliknya,” katanya.

Author:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *