Hari ini tiga tahun lalu — 24 November 2022 — Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-10. “Review lah pros and cons pentadbiran Anwar,” bunyi pesanan WhatsApp kepada saya yang dihantar oleh bos lama saya.
Saya sahut permintaan beliau. Namun mesti dijelaskan ini bukan dapatan hasil kaji selidik atau survey terperinci membabitkan ratusan malah ribuan responden seperti yang dijalankan oleh Ilham Centre atau Merdeka Centre mahupun mana-mana pollster. Ini sekadar hasil perbualan atau sembang santai bersama kawan, yang rapat dan yang tak rapat, lama dan baharu. Sebenarnya hanya enam orang. Saya kategorikan mereka kepada golongan penyokong tegar PMX, pembenci PMX, dan neutral.
Sebelum itu ditegaskan selain mereka rata-rata penyokong mahupun musuh politik mengakui Anwar kerja keras, dan for a 78 year old man beliau sihat, cergas, bertenaga with a sharp mind. Beliau boleh ke pejabat kemudian hadir upacara rasmi, pergi ke Parlimen seterusnya ke lapangan terbang, catch a flight long or short, keluar negara dalam rangka lawatan kerja. Ini dikagumi.
Ramai juga yang tabik Anwar kerana tidak ambil gaji bulanan. Bagi saya ini unnecessary. Gaji ialah upah bekerja. Agama pun ada menyebut bab upah. Setelah kerja ambillah gaji. Tiada dosanya. Rakyat tidak akan komplen selagi kerja dengan baik dan jujur.
Dua kawan saya yang pro-Anwar seperti dijangka memuji beliau. “Anwar kerja kuat. Dia bersungguh-sungguh tolong rakyat. At his age kesian aku tengok,” kata seorang daripada mereka.
Tetapi dia marah Anwar kerana katanya “terlalu lembut. Bagi muka kat musuh dia. Dia orang ambil kesempatan. Tuduh macam-macam kat TikTok , buat protes lah. Patut guna FRU macam Mahathir dulu. Tangkap je dia orang ni. Aku nak Anwar terus jadi PM”. Seorang lagi kawan pro-Anwar kata PMX is doing a good job meskipun hadapi banyak masalah yang dicipta musuh politiknya. Pun begitu ada juga tindakan Anwar yang dia tidak senangi. Umpamanya cara PMX handle isu surat sokongan oleh polsec beliau. Namun katanya “aku tetap favour Anwar as PMX“.
Jika saya simpulkan mereka lihat Anwar can do no wrong, dua kawan yang benci Anwar pula lihat everything is wrong with Anwar. Apa sahaja yang Anwar buat semuanya salah. Saya guna istilah ‘benci’, bukan ‘anti’ atau ‘tidak suka’ kerana tidak sukanya mereka terhadap Anwar capai tahap ‘kebencian’, terutama kawan yang mahu Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Yang seorang lagi dengan isterinya peminat Hamzah Zainudin, timbalan presiden Bersatu. Kedua-dua membidas, kutuk, persenda serta melecehkan Anwar di platform media sosial dan chat group WhatsApp. Apa yang group sana kata mereka akan counter.
Membawa saya kepada dua kawan yang saya anggap neutral — berkecuali — tidak memihak. Pendapat mereka bagi saya fair tanpa emosi. Kata kawan neutral yang pertama: “We like the stability but we hate the stagnation of real reform. We like the rhetoric but we hate the reality of the cost of living.”
Jelas kawan saya itu tidak puas hati dengan apa ‘reformasi’ yang dilaksanakan Anwar setakat ini. Kalau ada pun tidak cukup. Kata si kawan masa untuk ‘stabilkan kapal’ sudah berlalu. “The people are no longer asking you to stop the storm. But are asking you why the ship isn’t moving faster toward the destination you promised decades ago“. Kiasan menarik bercakap mengenai ketidakstabilan negara suatu masa lalu yang Anwar tenteramkan tetapi pembaharuan atau lebih tepat kejayaan yang dijanji tidak bergerak atau tidak digerakkan secepat yang diharapkan.
Kawan saya menyimpulkan perasaannya sebagai ‘love-hate dynamic’ yang mengimbangi penghargaan terhadap kestabilan yang Anwar lakukan dengan kekecewaan reformasi yang belum (tidak?) dilaksana. “We need results in our pockets not just on paper,” katanya, lantas memberitahu Anwar tinggal dua tahun lagi untuk memperbetulkan keadaan, merujuk tamatnya mandat sebelum PRU16 diadakan.
Saya tanya apa yang dia akan catat dalam kad laporan Anwar jika diberi kesempatan? Jawabnya ‘C’.
Berkata pula kawan neutral kedua: “Anwar bagai seorang ‘juggler‘ menaiki basikal roda satu (ekasikal) di atas tali tegang atau tightrope. Beliau kena balance pelbagai keadaan. “Kena memastikan kerajaan perpaduan berjaya seperti yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Lalu mesti mengimbangi semua parti pelbagai ragam yang menganggotai kerajaannya,” katanya.
“Kena juga imbangi hubungan PH dengan Umno. Anwar terpaksa ambil kira permintaan Umno warlords yang tidak disenangi Pakatan Harapan termasuk PKR partinya sendiri. Juga kena ‘jaga hati’ PH dan penyokong bukan Melayu bukan Islam, pada masa yang sama menjuarai Islam di Malaysia dan dilihat di pentas global sebagai pemimpin Muslim sederhana,” katanya lagi.
Kena juga jaga hati-hati blok Sabah dan Sarawak untuk menjamin sokongan meskipun berisiko dituduh seorang perdana menteri lemah, kata si kawan saya, sampil meneruskan beri pandangan “he and PH has yet to counter the Malay ultras and religious extremists in peninsular Malaysia effectively.”
PMX juga katanya belum ‘crack the whip‘ ke atas beberapa menterinya yang dilihat ‘underperforming‘. Lantas berdasarkan itu kawan saya beri Anwar ‘C+’ untuk dicatat dalam kad laporannya.
Namun pada sudut lain, kata kawan saya itu, langkah ‘menyelamatkan’ ekonomi dengan mengurangkan subsidi “is a painful necessity but unpopular among those dependent on it“. Tetapi katanya “signs are good that biting the bullet has shown results with account surplus for first time in years. And the appreciation of the Ringgit against a basket of currencies such as USD, Sing dollar, Rupiah, Bhat, Yen, UK pound recently shows that fiscal policies by the Madani government are working“. Namun katanya Anwar mesti menangani isu kos dan sara hidup dengan efektif.
Walaupun beri Anwar ‘C+’, kawan saya itu kata “I don’t see any capable Malay Muslim politicians who can replace PMX for now.”
Kesimpulannya kedua dua kawan saya yang neutral beri Anwar ‘C’. Apa makna ‘C’? Lazimnya ia dilihat pencapaian sederhana. Bagus pun tidak, tak bagus pun tidak. Boleh juga dilihat sebagai memuaskan. Tidak gagal.
Bak kata salah seorang daripada kawan saya tadi: “Anwar you have two year left on the clock“. Ertinya kalau Anwar nak capai ‘A’ kena lakukan sesuatu dalam masa dua tahun ini. Bermula now.
Selamat ulang tahun ketiga pegang jawatan perdana menteri, PMX.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
