Jumlah mangsa banjir di Bachok meningkat 148

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan lima daerah di Kelantan bermula hari ini hingga Isnin ini.

PETALING JAYA: Jumlah mangsa banjir di Bachok, Kelantan meningkat kepada 148 orang daripada 51 keluarga dengan dua pusat pemindahan sementara dibuka di daerah itu.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), dua PPS terbabit ialah SK Pauh Sembilan, Tawang dan SK Jelawat.

Katanya, dua PPS tambahan turut dibuka iaitu di SK Tapang di Kota Bharu dan SK Pengkalan Kubor 2 di Tumpat sebagai persediaan menerima mangsa banjir, lapor Bernama.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk membabitkan lima daerah di Kelantan bermula hari ini hingga Isnin ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, daerah terbabit ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih.

“Amaran hujan berterusan tahap waspada berkuat kuasa hari ini sehingga 24 Nov membabitkan empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).

“Amaran sama juga dikeluarkan bagi daerah Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan dan Terengganu hingga Rabu ini,” kata kenyataan itu.

Author:

1 thought on “Jumlah mangsa banjir di Bachok meningkat 148

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *